DASAR PRIVASI LA MER MALAYSIA
Tarikh Berkuat Kuasa: 25 May 2022
Untuk pembacaan dalam Bahasa Inggeris, KLIK SINI.
La Mer Malaysia dan Estee Lauder Malaysia Sdn. Bhd. (secara kolektif, kami) menghormati kebimbangan anda mengenai privasi dan menghargai hubungan yang kami ada dengan anda. Dasar Polisi ini menerangkan tentang jenis-jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan tentang pelanggan kami, cara penggunaan maklumat tersebut, dengan siapa kami kongsikan maklumat ini, dan pilihan-pilihan yang tersedia untuk pelanggan kami mengenai penggunaan maklumat ini. Selain itu, Dasar Privasi kami turut menerangkan langkah-langkah yang kami ambilkan untuk melindungi sekuriti maklumat tersebut dan cara-cara pelanggan boleh hubungi kami tentang amalan privasi kami.
Dengan mengunjungi kedai-kedai kami, laman web kami, rangkaian sosial atau aplikasi mudah alih kami, atau pelantar pihak ketiga yang lain, atau memberikan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dengan ini mengizinkan maklumat peribadi anda dikumpulkan, disimpan, digunakan, diproses and didedahkan, seperti yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini, termasuk pemindahan maklumat peribadi anda ke negara selain dari negara / wilayah asal di mana anda memberikan maklumat peribadi anda.
Klik salah satu pautan berikut untuk melawat bahagian yang disenaraikan:
- MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN
- MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH ANDA
- CARA PENGGUNAAN MAKLUMAT TERSEBUT
- MAKLUMAT YANG DIKUMPUL OLEH KAMI SECARA AUTOMATIK
- CARA PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL OLEH KAMI SECARA AUTOMATIK
- MAKLUMAT YANG KAMI KONGSI
- HAK-HAK DAN PILIHAN-PILIHAN ANDA
- PEMINDAHAN DATA
- CARA PERLINDUNGAN MAKLUMAT PERIBADI
- PAUTAN KE LAMAN-LAMAN WEB LAIN
- PENGEMASKINI DASAR PRIVASI KAMI
- CARA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN
Kami boleh mendapatkan maklumat peribadi anda daripada pelbagai sumber. Kami boleh mengumpulkan maklumat ini ketika anda berikan maklumat tersebut kepada kami di kaunter atau di dalam kedai kami, laman web kami atau melalui rangkaian sosial dan aplikasi mudah alih kami atau semasa salah satu acara yang kami anjurkan atau melalui pelantar pihak ketiga yang lain. Kecuali terdapat kenyataan yang berlainan maksud, Dasar Privasi ini tidak menerangkan sebarang pengumpulan data oleh rakan kongsi 'retail' kami. Ketika anda melawat laman web ini, laman rangkaian sosial / media sosial kami (atau platform mereka yang relevan atau aplikasi mudah alih yang sepadan), atau apabila anda menggunakan perkhidmatan atau ciri-ciri salah satu aplikasi mudah alih kami, kami juga boleh mengumpulkan maklumat tertentu tentang peranti atau penggunaan anda secara automatik atau dengan menggunakan teknologi seperti kuki, catatan pelayan web dan beacon web.
MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH ANDA
Anda boleh memberikan maklumat peribadi anda kepada kami melalui pelbagai cara, seperti ketika anda menyertai sebarang tawaran dan promosi, atau ketika anda membeli produk-produk kami dari laman web, di kaunter kami, di kedai kami, melalui rangkaian sosial atau aplikasi mudah alih kami, atau pelantar pihak ketiga yang lain. Jenis-jenis maklumat peribadi yang anda boleh memberi kami, jika berkenaan, termasuk:
- Butir-butir hubungan (seperti nama, alamat surat-penyurat, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit atau nombor lain-lain)
- Umur dan tarikh lahir
- Etnik, Jantina, bahasa pilihan keutamaan
- Nama pengguna dan kata laluan
- Butir-butir pembayaran (seperti nombor kad pembayaran, tarikh luput, alamat penghantaran dan alamat pengebilan)
- Sejarah pembelian
- Pilihan keutamaan produk dan pilihan keutamaan saluran komunikasi
- Ciri-ciri fizikal dan kebimbangan dan/atau rejim penjagaan kulit, jenis kulit, keadaan kulit (sensitif atau alahan) dan ubat-ubatan untuk keadaan kulit anda yang mungkin dianggap sebagai maklumat peribadi sensitif di bawah undang-undang terpakai
- Butir-butir hubungan untuk rakan-rakan atau mana-mana pihak yang anda ingin kami hubungi dengan keizinan mereka
- Kandungan-kandungan yang anda berikan (seperti foto, video, ulasan, artikel dan komen)
- Maklumat yang diberikan kepada kami melalui rangkaian sosial atau aplikasi mudah alih ketika anda melawat laman social media kami, mendaftar untuk laman web kami atau program kesetiaan kami dengan menggunakan akaun social media atau salah satu aplikasi mudah alih kami (seperti nama, gambar profil, 'likes', lokasi, senarai rakan-rakan dan maklumat lain-lain yang diterangkan dalam halaman daftar yang terdapat dalam aplikasi rangkaian social atau dalam halaman pendaftaran dalam aplikasi, atau butir-butir geo-lokasi anda ketika anda menggunakan salah satu aplikasi mudah alih kami)
- Nombor pengenalan akaun program keahlian atau program kesetiaan anda
Anda mempunyai pilihan sama ada untuk memberi kami maklumat peribadi anda atau tidak. Namun begitu, anda mungkin tidak dapat menikmati perkhidmatan dan promosi tertentu jika anda tidak memberi kami maklumat peribadi anda.
CARA PENGGUNAAN MAKLUMAT TERSEBUT
Kami boleh menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami untuk:- Menghantar bahan-bahan promosi atau cara perhubungan lain
- Memberi anda perkhidmatan dan maklumat yang diminta
- Menghubungi anda untuk tindakan susulan atau mengesahkan pesanan anda, temu janji, pulangan atau bayaran balik dan untuk menghantar bahan komunikasi mengenai produk-produk dan perkhidmatan kami yang tidak berkaitan dengan pemasaran kepada anda
- Memproses pembayaran dan/atau transaksi kad hadiah anda
- Mencipta dan mengurus akaun dalam talian anda, termasuk akses kepada sejarah pembelian anda dalam talian dan dalam kedai
- Membantu pemilihan dan penambahan produk, termasuk melalui daftar pelanggan kami
- Mengendali senarai keahlian dan senarai program kesetiaan kami
- Menjawab pertanyaan anda
- Menyesuaikan iklan yang dipaparkan kepada anda di laman web kami, platform media sosial dan tempat lain berdasarkan minat dan sejarah anda dengan kami
- Menghubungi anda dan menguruskan penyertaian anda dalam acara khas, pertandingan, undian, program (seperti program kesetiaan, jika ada), kaji selidik dan tawaran lain-lain.
- Beroperasi dan berkomunikasi dengan anda tentang aplikasi rangkaian sosial atau aplikasi mudah alih kami
- Beroperasi, menilai dan memperbaik perniagaan kami (termasuk mencipta produk dan perkhidmatan baharu; memperbaik perkhidmatan kami; menguruskan komunikasi kami; menganalisis produk baharu kami; menjalankan penyelidikan pasaran; mengananalisis data dan program pengurusan hubungan pelanggan; dan melaksanakan perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman yang lain)
- Mematuhi peraturan-peraturan , piawaian industri dan polisi kami
- Menjalankan pembersihan data secara berkala, menghubungkan atau menggabungkan rekod kami, sama ada secara dalaman atau melalui penyedia perkhidmatan kami untuk mengelakkan duplikasi dan memastikan ketepatan maklumat anda.
Kami juga akan menggunakan maklumat ini dengan cara lain yang mana kami memberikan notis khusus pada masa pengumpulan.
Jika anda memberi kami maklumat peribadi anda, kami berhasrat menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pemasaran langsung untuk menawarkan atau mengiklankan ketersediaan perkhidmatan barangan dan/atau perkhidmatan kami. Walaupun begitu, kami tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan tersebut sehingga kami menerima keizinan anda berkenaan kegunaan yang dihasratkan.
Segala jenis maklumat peribadi yang disenaraikan dalam bahagian "Maklumat Yang Disediakan oleh Anda" di atas mungkin akan kami gunakan dalam pemasaran langsung jika dibekalkan kepada kami dan anda mengizinkan kegunaan tersebut secara bertulis. Dalam situasi sedemikian, kami mungkin akan memasarkan barangan dan perkhidmatan dalam kelas-kelas yang berikut kepada anda dengan menggunakan maklumat peribadi anda:
- Produk kecantikan dan penjagaan kulit;
- Produk penjagaaan dan dandanan rambut;
- Pewarna rambut;
- Alat solek;
- Wangian, aroma, deodorant, wangian rumah dan lilin-lilin;
- Syampu, perapi dan pembersih;
- Teh dan beg-beg teh;
- Acara khas, pertandingan, cabutan bertuah, program dan kajian;
- Produk atau perkhidmatan lain yang kami tawarkan.
Komunikasi pemasaran langsung mungkin akan dihantar kepada anda melalui pelbagai saluran, termasuk melalui telefon, pos, e-mel, SMS, melalui aplikasi mudah alih, aplikasi dalam talian, platform media sosial dan kaedah dalam talian yang lain.
Kami, sebagai Estee Lauder Malaysia Sdn. Bhd. ("ELM"), syarikat beroperasi La Mer Malaysia di Malaysia, ialah satu syarikat sekutu the Estée Lauder Companies Inc. ("ELC") - pemimpin global yang berdedikasi khususnya terhadap kecantikan berprestij dan pemilik sebilangan jenama yang terkenal di seluruh dunia dalam arena kosmetik, kecantikan dan industri kewangian, seperti Estée Lauder, Bobbi Brown, Clinique, Jo Malone London, La Mer, M.A.C., Origins, etc. Sila melawati www.elcompanies.com/en/our-brands bagi maklumat yang selanjutnya tentang ELC dan jenama-jenama kami. Untuk berkongsi lebih banyak tip dan maklumat daripada jenama-jenama kami melalui hubungan kami dengan anda, apabila anda mendaftarkan akaun atau mendaftarkan diri dalam program kami (e.g. akaun keahlian, program kesetiaan etc.), atau apabila anda menerima perkhidmatan daripada kami, serta mana-mana interaksi yang anda mungkin ada dengan jenama yang anda berhubung dengan pada asalnya, anda mungkin akan dijemput oleh jenama tersebut (iaitu kami) untuk melanggan kepada bahan-bahan pemasaran pelbagai jenama yang syarikat kami tawarkan secara keseluruhannya. Apabila keizinan anda diberikan, maklumat peribadi yang telah anda berikan dalam borang tersebut atau maklumat peribadi yang telah anda berikan ketika anda memberikan keizinan anda bagi pelangganan tersebut, akan digunakan oleh kami bagi tujuan pemasaran tersebut. Pengendalian kami bagi mana-mana isu pemindahan data yang berkenaan dalam situasi-situasi dalam perenggan ini adalah sama sepertimana yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.
Sekiranya anda tidak ingin maklumat peribadi anda digunakan bagi pemasaran langsung kami, anda boleh 'opt out' daripada pemasaran langsung kami pada bila-bila masa dengan mengikuti prosedur yang diterangkan dalam bahagian "Hak-hak dan Pilihan-pilihan Anda" di bawah. Berikutan itu, kami mesti menghentikan penggunaan maklumat peribadi anda dalam pemasaran langsung tanpa mengenakan apa-apa bayaran atas anda.
Kami akan menggunakan maklumat peribadi yang kamu berikan bagi tujuan pemasaran langsung sahaja berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 ("PDPA"). Bahan pemasaran langsung kami disalurkan dalam beberapa bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada surat pos, e-mel, dan mesej teks pemasaran. Butiran yang berkenaan telah disediakan dalam bahagian-bahagian berikut.
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL OLEH KAMI SECARA AUTOMATIK
Ketika anda melawat laman web ini atau mengklik iklan dalam talian kami (termasuk iklan kami pada laman web pihak ketiga), melawati laman media sosial / rangkaian sosial kami (atau platform mereka yang relevan atau aplikasi mudah alih yang sepadan), atau memuat turun dan/atau menggunakan salah satu aplikasi mudah alih kami, kami juga akan mengumpulkan maklumat-maklumat tertentu tentang kegunaan anda atau peranti anda secara automatik dengan menggunakan teknologi seperti kuki, catatan pelayan web dan beacon web. Contohnya, jika anda menggunakan salah satu aplikasi mudah alih kami, kami boleh mengumpulkan alamat IP anda, pengecam peranti unik anda (atau pegecam peranti yang lain), dan/atau data geo-lokasi untuk menawarkan anda ciri-ciri atau fungsi-fungsi tertentu yang terdapat dalam aplikasi mudah alih tersebut. Sepertimana yang berikut, kami mungkin juga akan mengumpul maklumat tentang kegunaan dan tabiat pelayaran anda dengan menggunakan pelbagai teknologi berasaskan web.
Demi kesenangan anda, aplikasi-aplikasi mudah alih kami juga mungkin mengandungi kefungsian yang membolehkan anda berkekal dalam aplikasi supaya anda tidak perlu mengisi semula kata kunci setiap kali anda ingin mengakses aplikasi tersebut. SEKIRANYA ANDA MEMILIH UNTUK BERKEKAL DALAM APLIKASI, ANDA HARUS MENGAMBIL PERHATIAN BAHAWA SESIAPA YANG DAPAT MENGAKSES PERANTI MUDAH ALIH ANDA AKAN BERKEMAMPUAN MENGAKSES DAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN TERHADAP AKAUN MUDAH ALIH ANDA DAN MUNGKIN DAPAT MEMBUAT PEMBELIAN MELALUI AKAUN TERSEBUT. Oleh sebab itu, sekiranya anda memilih untuk berkekal dalam aplikasi tersebut pada peranti mudah alih anda, kami mencadangkan anda agar membolehkan ciri sekuriti Kunci Passcode pada peranti mudah alih anda untuk melindungi diri daripada akses dan penggunaan tanpa izin peranti mudah alih anda serta akaun anda dalam aplikasi tersebut.
TEKNOLOGI YANG KAMI GUNAKAN
KUKI, CATATAN PELAYAN WEB DAN BEACON WEB
- Kuki: Kuki adalah fail teks kecil yang laman-laman web akan menghantar kepada komputer anda atau sebarang peranti yang bersambung kepada Internet. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti pelayar anda secara unik, atau untuk menyimpankan maklumat atau tetapan dalam pelayar anda. Pelayar anda akan memaklumkan anda cara pemberitahuan ketika anda menerima kuki-kuki tertentu dan cara-cara untuk membataskan atau menghentikan fungsi kuki-kuki tertentu. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa anda memerlukan kuki-kuki untuk menggunakan segala ciri-ciri laman web kami.
- Kuki Flash: "Kuki Flash" (juga dikenali sebagai Local Shared Object atau "LSOs") ialah fail-fail data yang serupa kuki kecuali kuki flash dapat menyimpan data yang lebih kompleks. Kuki flash digunakan untuk mengingati tetapan, pilihan keutamaan, dan penggunaan, terutamanya untuk video, permainan video interaktif dan perkhidmatan lain yang serupa.
- Pelayan web catatan: Pelayan web catatan merupakan rekod aktiviti-aktiviti yang dicipta oleh komputer untuk menghantar laman web yang anda minta kepada pelayar anda. Contohnya, pelayan web catatan boleh merekodkan istilah carian yang digunakan atau pautan yang telah anda klik untuk melawati laman web tersebut. Pelayan web catatan tersebut juga akan mencatatkan maklumat seperti alamat laman web yang memautkan anda kepada laman web kami dan alamat IP peranti yang digunakan untuk bersambung dengan Internet, jenis sistem operasi, jenis pelayar, domain, kuki yang ditetapkan pada pelayar anda oleh pelayan, bahasa yang digunakan oleh sistem anda dan zon masa di lokasi peranti anda.
- Beacon web, piksel jelas, atau 'tag' piksel: Demi pengawalan pelayan web yang mengumpulkan maklumat ini, kami boleh meletakkan 'tags' pada laman-laman web kami yang diketahui sebagai beacon web. Ia merupakan arahan-arahan komputer yang memautkan laman-laman web ke pelayan-pelayan web tertentu dan kuki masing-masing. Mereka merupakan imej grafik kecil pada laman Web atau dalam e-mel yang boleh digunakan untuk fungsi seperti merekodkan halaman dan iklan yang diklik oleh pengguna, atau menjejaki pelaksanaan kempen pemasaran melalui e-mel.
- Teknologi geo-lokasi: Teknologi geo-lokasi merujuk kepada teknologi yang membolehkan kami menentukan lokasi anda. Kami mungkin meminta anda membekalkan maklumat tentang lokasi anda pada laman web kami, atau membolehkan peranti mudah alih anda menghantar kami maklumat lokasi anda yang tepat. Kami juga mungkin mengumpul maklumat lokasi anda yang umum dengan automatik daripada pelayar web anda.
PIHAK KETIGA YANG MEMBERI PERKHIDMATAN ANALISIS WEB
Kami boleh meggunakan pihak ketiga yang memberi perkhidmatan analisis web dalam laman web ini, laman media sosial / rangkaian sosial (atau platform mereka yang relevan atau aplikasi mudah alih yang sepadan), atau aplikasi mudah alih kami, seperti Adobe Site Catalyst dan/atau Google Analytics. Penyedia perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan ini meggunakan teknologi seperti kuki, catatan pelayan web dan beacon web untuk menolong kami menganalisis cara penggunaan pelanggan dalam laman web kami. Maklumat yang dikumpulkan dari ini (termasuk alamat IP) akan didedahkan kepada penyedia perkhidmatan ini, yang menggunakan maklumat tersebut untuk menilai penggunaan laman web kami. Anda boleh menghentikan fungsi analisis perkhidmatan-perkhidmatan ini. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan analisis web, dan meggunakan pilihan anda tentang pengumpulan maklumat dalam laman web ini:
Untuk Adobe Site Catalyst, sila klik sini: http://www.adobe.com/privacy/opt-out.html.
Untuk menghentikan Google Analytics, sila memuat turun 'add-on' pelayar bagi pemberhentian Google Analytics yang disediakan oleh Google di http://tools.google.com/dlpage/gaoptout?hl=en. Untuk maklumat selanjutnya tentang privasi dan Google Analytics, sila merujuk kepada rumusan tentang Google Analytics yang disediakan oleh Google di: http://www.google.com/intl/en/analytics/privacyoverview.html.
Untuk menghentikan kuki penyedia perkhidmatan analisis web pihak ketiga, beberapa 'pelayar' akan memaklumkan anda tentang penghantaran kuki, dan membenarkan anda untuk menolak kuki ini berdasarkan keinginan anda. Anda juga boleh mematikan kuki dalam pelayar anda.
PENGIKLANAN YANG DISASARKAN
Kami juga boleh berkontrak dengan rangkaian pengiklanan pihak ketiga yang akan mengumpulkan alamat IP dan maklumat lain-lain melalui penggunaan kuki, catatatan pelayan web dan beacon web dalam laman web kami dan e-mel; dalam laman web pihak ketiga dan e-mel; dan dalam iklan kami yang dipaparkan dalam laman-laman web pihak ketiga. Tujuan mereka untuk menggunakan maklumat ini adalah untuk menyediakan iklan tentang produk-produk dan perkhidmatan yang disesuaikan dengan minat anda (termasuk untuk syarikat-syarikat yang tidak bersekutu dengan kami). Anda mungkin akan lihat iklan-iklan ini dalam laman web kami dan laman web lain-lain. Proses ini juga membolehkan kami untuk menguruskan dan menjejaki keberkesanan usaha pemasaran kami. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian pengiklanan dan untuk 'opt-out' daripada iklan yang disesuaikan dengan minat anda, lawati Digital Advertising Alliance di http://www.aboutads.info/choices atau Network Advertising Initiative di www.networkadvertising.org/choices.
Kami juga boleh megguna platform pihak ketiga, termasuk platform yang dioperasikan oleh rangkaian sosial, seperti Google, Facebook, Pinterest, WeChat, WhatsApp, Line, Kakao, etc. untuk menawarkan anda kepada iklan yang disesuaikan dengan minat anda. Kami dibenarkan untuk menukarkan e-mel, nombor telefon atau maklumat lain-lain untuk menjadi suatu nilai yang unik yang boleh dipadankan oleh pihak ketiga dengan platform pengguna mereka atau dengan data lain yang mereka telah kumpulkan daripada anda. Perpadanan ini boleh menghantarkan iklan yang anda minati kepada platform-platform tersebut. Untuk menghentikan fungsi ini, anda mesti menukarkan pilihan pengiklanan anda dalam platform pihak ketiga ini. Platform-platform ini mungkin mempunyai dasar privasi atau notis privasi masing-masing, yang kami tegaskan bahawa anda mengulaskan.
CARA PENGGUNAAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL OLEH KAMI SECARA AUTOMATIK
Kami boleh menggunakan maklumat yang dikumpul secara automatik dalam laman web ini untuk penyelidikan pasaran, penganalisasi data dan tujuan pentadbiran sistem, seperti untuk menentukan sama ada anda telah melawati kami atau anda adalah pelanggan baharu dalam laman web kami, untuk menyesuaikan iklan yang dipaparkan kepada anda di laman web kami dan tempat lain berdasarkan minat dan sejarah anda dengan kami dan untuk pematuhan undang-undang, polisi dan prosedur, termasuk pematuhan piawaian industry dan penguatkuasaan TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENJUALAN kami. Kami juga akan menggunakan maklumat ini dengan cara lain yang mana kami memberikan notis khusus pada masa pengumpulan.
NOTIFIKASI TOLAK DAN MAKLUMAN DAN NOTIFIKASI KEMAS KINI DALAM APLIKASI
Apabila anda memuat turun salah satu aplikasi mudah alih kami, kami mungkin memberi anda pilihan untuk 'opt-in' untuk menerima notifikasi tolak daripada kami berkenaan aplikasi tersebut pada peranti mudah alih anda. Notifikasi tolak ini mungkin mengandungi komunikasi promosi tentang barangan dan perkhidmatan kami. Anda boleh, selepas memuat turun aplikasi mudah alih yang berkenaan, 'opt-out' daripada menerima notifikasi tolak dengan melaraskan tetapan pada peranti mudah alih anda. Sekiranya anda 'opt-out' daipada menerima notifikasi tolak, komunikasi lain yang anda terima daripada kami seperti komunikasi e-mel tidak akan dijejaskan. Anda mungkin juga akan menerima makluman dan notifikasi kemas kini dalam aplikasi mudah alih kami tentang barangan dan perkhidmatan kami atau akaun-akaun anda dengan kami. Untuk 'opt-out' daripada menerima makluman dan notifikasi kemas kini ini, anda boleh memadamkan aplikasi mudah alih berkenaan di peranti mudah alih anda.
MAKLUMAT YANG KAMI KONGSI
Kami tidak akan menyewa atau menjual atau mendedahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan dalam kaedah lain (selain yang diterangkan di sini) untuk membenarkan pihak ketiga menjalankan pemasaran langsung dengan anda. Namun begitu, bagi tujuan yang diterangkan di bahagian-bahagian di atas, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan:
- Rakan kongsi kami dalam rangkaian syarikat Estée Lauder Companies untuk tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi atau ditentukan dalam notis yang diberikan pada masa pengumpulan. Untuk maklumat selanjutnya tentang syarikat sekutu kami, sila mengunjungi http://www.elcompanies.com/.
- Penyedia perkhidmatan, pemegang lesen dan/atau rakan usahasama yang mungkin terletak di luar negara (termasuk tetapi tidak terhad kepada Singapura, Korea Selatan, Jerman dan United Kingdom) mungkin akan melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami mengikuti arahan kami dan menghantarkan anda pemasaran langsung tentang barangan dan perkhidmatan. Kami tidak membenarkan penyedia perkhidmatan tersebut untuk mendedahkan sebarang maklumat selain maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihkan kami atau yang mematuhi undang-undang. Contohnya entiti yang memproseskan pembayaran kad kredit, memenuhi pesanan, dan menyediakan pelayanan web dan perkhidmatan pemasaran.
- Pihak ketiga lain-lain melalui rangkaian sosial, widgets dan 'plug-ins' yang anda membenarkan. Maklumat mungkin dikumpulkan atau dikongsi antara kami dan pihak ketiga sebagai akibat anda menggunakan mana-mana ciri yang disediakan untuk anda oleh pihak ketiga dalam laman web kami. Contohnya, sekiranya anda menggunakan ciri "Like" Facebook, Facebook mungkin mengambil maklum bahawa anda "like" kami dan mungkin memaparkan maklumat tersebut pada Facebook. Selain itu, sesetengah aplikasi Facebook kami mungkin berkongsi maklumat yang dikumpulkan dalam aplikasi tersebut dengan rakan-rakan Facebook anda atau pengguna-pengguna Facebook yang lain.
Apabila kami perlu berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga bagi tujuan yang diterangkan di atas bagi pihak saya, kami akan meminta pihak ketiga tersebut untuk mengamalkan amalan privasi dalam pengendalian data peribadi pada tahap yang sama atau lebih ketat.
Selain itu, kami boleh mendedahkan maklumat tentang anda (i) jika kami diperlukan oleh undang-undang dan proses undang-undang, (ii) kepada penguatkuasa undang-undang atau pegawai kerajaan, atau (iii) ketika kami mempercayai bahawa pendedahan adalah penting dan diperlukan untuk mengelakkan kebahayaan fizikal atau kerugian kewangan, atau mengenai dengan penyiasatan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar.
Kami juga berhak untuk memindahkan maklumat peribadi anda jika kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian perniagaan atau aset-aset kami. Jika penjualan atau pemindahan seperti ini akan dijalankan, kami akan menggunakan usaha yang baik untuk mengarah 'transferee' untuk menggunakan maklumat peribadi yang anda telah berikan selaras dengan Dasar Privasi kami. Mengikuti penjualan dan pemindahan seperti ini, anda boleh menghubungi entity yang menerima maklumat peribadi anda tentang sebarang pertanyaan tentang pemprosesan maklumat tersebut.
HAK-HAK DAN PILIHAN-PILIHAN ANDA
Kami menawarkan beberapa pilihan mengenai maklumat-maklumat peribadi yang kami kumpulkan dari anda, seperti cara penggunaan maklumat tersebut dan cara komunikasi kami dengan anda. Untuk mengemaskinikan pilihan anda, anda boleh minta kami memadamkan maklumat anda dari senarai mel kami, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.
'Opt-out' E-mel
Anda boleh menghentikan fungsi komunikasi pemasaran dari kami pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'unsubscribe' yang boleh didapati dalam e-mel pemasaran yang anda terima dari kami atau menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bahagian "Cara Untuk Menghubungi Kami" di bawah. Anda juga boleh 'opt-out' untuk menerima e-mel pemasaran dari La Mer Malaysia dengan MENGKLIK SINI.
'Opt-out' Surat Pos
Anda boleh minta La Mer Malaysia berhenti komunikasi pemasaran melalui surat pos jika anda mengikuti arahan yang boleh didapati dalam surat pos promosi tertentu. Anda juga boleh minta kami untuk berhenti menghantarkan bahan-bahan mel promosi jika anda menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.
'Opt-out' Mesej Teks
Anda juga boleh minta kami untuk berhenti menghantarkan mesej teks jika anda menghubungi kami seperti yang dinyatakan di bawah.
'Opt-out' Aplikasi Rangkaian Sosial
Untuk memadamkan aplikasi media sosial kami daripada akaun rangkaian sosial anda, sila mengikuti arahan yang diberikan oleh rangkaian sosial tersebut.
Bagi Facebook: sila merujuk keapda arahan yang disediakan oleh Pusat Bantuan Facebook.
Maklumat Geo-Lokasi
Apabila anda menggunakan salah satu aplikasi mudah alih kami, anda mungkin diminta memberi geo-lokasi anda melalui aplikasi tersebut. Anda boleh menolak permintaan untuk berkongsi butiran geo-lokasi anda dengan melaraskan tetapan perkhidmatan lokasi peranti mudah alih anda. Untuk menolak permintaan untuk berkongsi butiran deo-lokasi anda, anda harus mengikuti arahan pada peranti mudah alih anda untuk menukar tetapan yang relevan; jika tidak, sila menghubungi penyedia perkhidmatan anda atau pengilang peranti anda.
Menarikkan Kebenaran
Anda boleh menarikkan sebarang kebenaran yang anda berikan kepada kami sebelum ini, atau bila-bila masa dengan alasan yang sah, mengenai pemprosesan maklumat peribadi anda. Kami akan menggunakan pilihan anda. Dalam beberapa keadaan, menarikkan kebenaran anda terhadap penggunaan kami atau pendedahan maklumat anda akan bermakna anda tidak boleh menggunakan beberapa produk atau perkhidmatan kami.
Mengulas, Mengemaskini dan Mengubahsuai Maklumat Peribadi
Kami boleh menyimpan dan menggunakan makumat anda selagi diperlukan bagi tujuan-tujuan yang diterangkan di atas. Tertakluk kepada undang-undang yang sesuai, anda mungkin mempunyai hak untuk meminta akses dan menerima butir-butir tentang maklumat peribadi anda yang kami mengekalkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat yang berhubungan dengan orang lian yang boleh dikenal pasti daripda maklumat peribadi itu, mengemaskini dan membetulkan kesalahan dalam data peribadi anda, dan memadamkan atau menyekatkan maklumat tersebut jika sesuai. Hak untuk mengakseskan maklumat peribadi mungkin akan terhad oleh undang-undang Malaysia dalam beberapa keadaan. Kami boleh mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda sebelum mengizinkan akses atau membuat pembetulan. Anda boleh meminta untuk mengulas, mengubah atau memadamkan maklumat peribadi anda melalui e-mel kepada info@lamer.com.my dengan perhatian kepada pegawai perlindungan data kami.
PEMINDAHAN DATA
Kami boleh memindahkan maklumat peribadi yang kami mengumpulkan tentang anda ke negara-negara selain daripada negara asal yang mana maklumat tersebut dikumpulkan (termasuk tetapi tidak terhad kepada China, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom) dan maklumat peribadi anda boleh diproses dan disimpan di luar negara kediaman anda. Negara-negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang data perlindungan yang sama seperti undang-undang data perlindungan yang dipunyai negara asal yang anda memberikan maklumat anda. Walaubagaimanapun, ketika kami memindahkan maklumat anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat tersebut seperti dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.
CARA PERLINDUNGAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami mengekalkan langkah-langkah administratif, teknik dan fizikal yang sesuai untuk perlindungan maklumat yang anda beri terhadap pemadaman yang tidak sengaja, haram atau tidak dibenarkan, kehilangan, pengubahan, akses, pendedahan atau penggunaan. Namun begitu, tiada sistem sekuriti adalah sempurna, dan kami tidak dapat berjanji bahawa maklumat tentang anda akan kekal selamat dalam segala keadaan, termasuk keselamatan data anda semasa penghantarannya kepada kami ataukeselamatan data pada peranti mudah alih anda.
PAUTAN KE LAMAN-LAMAN WEB LAIN
Laman web kami boleh menyediakan pautan ke laman-laman web lain untuk kemudahan dan untuk maklumat anda. Laman-laman web tersebut akan beroperasi secara sendiri. Laman-laman web yang dipaut mungkin mempunyai dasar privasi atau notis privasi sendiri, kami menegaskan bahawa anda mengulaskannya jika anda melawati sebarang laman-laman web. Mengenai sebarang pautan laman-laman web yang anda melawati yang tidak dikawal oleh kami, kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan-kandungan laman web tersebut, atau amalan privasi laman-laman web tersebut.
PENGEMASKINI DASAR PRIVASI KAMI
Dasar Privasi ini boleh dikemaskinikan secara berkala dan tanpa notis terlebih dahulu kepada anda untuk membayangkan perubahan amalan kami terhadap maklumat peribadi. Kami akan memaparkan notis pada laman web kami untuk memaklumkan anda tentang sebarang perubahan yang terdapat dalam Dasar Privasi kami. Kami juga akan menyatakan masa pengemaskini di atas Dasar ini.
CARA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen tentang Dasar Privasi ini, atau jika anda ingin meminta kami untuk mengemaskinikan maklumat anda atau pilihan-pilihan anda, atau jika anda ingin membuat aduan mengenai cara maklumat peribadi anda dikumpulkan atau dikendalikan oleh kami, sila menghubungi pegawai perlindungan data kami melalui e-mel di info@lamer.com.my atau melalui talian di +603 2092 6000 Anda juga boleh menulis surat kepada:
La Mer Malaysia
Estee Lauder Malaysia Sdn. Bhd.
Suite 18.01, Level 18,
Centrepoint South, The Boulevard,
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
PERCANGGAHAN
Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.